24 Julai 2013

Separuh Anggota Majlis Perbandaran Selangor Akan 'Direhatkan' Ekoran Tempoh Baru Dua Penggal

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kira-kira 50% anggota majis perbandaran di Selangor akan "direhatkan" pada tahun ini, berikutan dasar baru negeri itu untuk menggurangkan pemegangan jawatan maksimum kepada dua penggal.
Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, satu pengecualian akan dibuat untuk 50% lagi bagi memastikan khidmat dalam majlis perbandaran berterusan.

"Kebanyakan anggota majlis telah berkhidmat selama dua penggal iaitu empat tahun.
"Separuh daripada mereka akan meneruskan empat tahun lagi dalam tempoh peralihan," katanya kepada para pemberita selepas mesyurat exco pada Rabu.
Terdapat lebih 200 anggota majlis perbandaran di 12 majlis pebandaran di Selangor.
Selain mengurangkan tempoh perjawatan anggota majlis perbandaran kepada dua penggal, Teng berkata, kerajaan negeri turut memperkenalkan kriteria tetap dalam pemilihan anggota majlis perbandaran.
Komposisi setiap majlis perbandaran mesti meliputi 30% Bumiputera dan 30% wanita, kata beliau.
Tambahnya, anggota majlis perbandaran perlu berada sama ada dalam kawaan di bawah bidnag kuasa majlis perbandaran, atau di kawasan bersebalahan.
"Kadar pelantikan akan menjadi 75% daripada parti dan 25% daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). NGO mesti berdaftar di bawah akta parlimen atau enakmen negeri, dan pencalonan anggota majlis perbandaran mesti secara langsung daripada NGO," katanya.
Kriteria lain untuk anggota majlis perbandaran termasuk warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, dengan kelayakan pendidikan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf.
"Mereka yang tanpa kelayakan SPM atau setaraf boleh menduduki ujian," tambahnya.

Tiada ulasan: