28 September 2021

11,332 kes baharu COVID hari ini

 

Gambar hiasan. - Foto fail NSTP
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP


PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 11,332 kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,358 direkodkan di Sarawak.

Katanya, ia disusuli dengan Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231); Kelantan (1,088); Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan.

Tiada ulasan: