28 September 2021

APM Melaka tangkap 11 ekor ular sehari

 

ANGGOTA APM Melaka menunjukkan ular tedung selar tiga meter yang ditangkap di Kampung Parit Melana di Melaka minggu lalu.

MELAKA: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka menjangkakan peningkatan kes penangkapan ular, susulan perubahan cuaca daripada monsun barat daya kepada monsun timur laut. Data rasmi menunjukkan, agensi itu telah menyelesaikan 2,731 kes tangkapan reptilia berkenaan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Jika dikira purata harian, ini bermakna APM Melaka melakukan kira-kira 11 tangkapan sehari di tiga daerah di negeri ini.

Utusan/-

Tiada ulasan: