28 September 2021

HydroConquest tampil berbeza

 Reka bentuk kemas, bingkai menampilkan sisipan seramik dalam warna sama dengan jarum pemutar menyerlahkan koleksi terbaru Longines.

Reka bentuk kemas, bingkai menampilkan sisipan seramik dalam warna sama dengan jarum pemutar menyerlahkan koleksi terbaru Longines.

KUALA LUMPUR: Jam tangan mewah dan eksklusif mampu menyerlahkan imej seseorang, sekali gus menampakkan kredibiliti serta gaya pemakainya yang jelas menghargai masa.

Tambah menyerlah, si pemilik pergelangan tangan dapat mengenakan jam tangan jenama unggul, Longines yang masih kukuh bertapak dalam industri hingga kini.

Lebih dua abad dikenali sebagai jenama jam tangan yang berkualiti, selain rekaan elegannya, Longines kini tampil dengan koleksi baharu variasi dua tona, HydroConquest.

Rekaan berharga kali ini adalah berteraskan jam tangan gaya sukan, diilhamkan daripada dunia selaman dengan gabungan sempurna penciptaan koleksi kali ini.

Koleksi dengan variasi warna menarik biru, kelabu, hitam dan hijau ini dilengkapi dengan variasi dua tona keluli dan PVD merah jambu atau keluli dan PVD berwarna kuning untuk sentuhan gaya lebih elegan.

Koleksi HydroConquest meraikan variasi PVD merah jambu dan kuning untuk melengkapkan lagi lambang yang sinonim dengan Longines.

Reka bentuk kemas, bingkai menampilkan sisipan seramik dalam warna sama dengan jarum pemutar menyerlahkan koleksi terbaru Longines.
Reka bentuk kemas, bingkai menampilkan sisipan seramik dalam warna sama dengan jarum pemutar menyerlahkan koleksi terbaru Longines.

Model ini yang mula melalui penciptaan pada 2018, rangkaian ini menonjolkan ciri estetik dengan fungsi karakter jam tangan penyelam yang pastinya melangkaui jangkaan peminat aktiviti berkenaan.

Dalam apapun versi sama ada biru, kelabu, hitam dan hijau, setiap rekaan pasti menonjolkan reka bentuk kemas, selain bingkai yang menampilkan sisipan seramik dalam warna sama dengan jarum pemutar.

Variasi hijau, hitam dan biru kini tersedia dalam keluli dua nada dan PVD kuning, sementara kelabu, hitam dan biru boleh didapati dalam versi keluli dan PVD merah jambu.

Koleksi dengan rekaan bersifat sukan ini juga boleh didapati dalam tali berwarna hitam, biru dan hijau.

Pelbagai warna dan kemasan tersedia untuk koleksi ini pastinya sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu yang unik dan ingin penerokaan, dari bandar hingga ke dasar laut.

Berinspirasikan dunia sukan air, jam tangan HydroConquest direka untuk pemakainya yang mendambakan gaya berani dengan rekaan bagi memenuhi permintaan golongan atlet.

bharian/-

Dengan daya ketahanan terhadap air hingga 300 meter, dengan paparan putaran searah, skru mahkota dan pelindung belakang, genggaman lipatan keselamatan berganda dengan fungsi sambungan selaman bersepadu, ia adalah ciri sempurna menyerlahkan lagi koleksi kali ini.

Sama ada jarum permukaan berwarna kelabu, biru atau hitam bersinar atau hijau kusam, setiap variasi dua tona HydroConquest dilengkapi dengan pergerakan pusingan sendiri L888.5 yang menampilkan keseimbangan spring silikon antimagnetik untuk menjamin ketepatan tinggi dan jangka hayat lebih lama.

HydroConquest berteraskan jam tangan gaya sukan serlah kredibiliti serta gaya pemakai.
HydroConquest berteraskan jam tangan gaya sukan serlah kredibiliti serta gaya pemakai.

Longines berpangkalan di Saint-Imier di Switzerland sejak 1832 di mana kepakaran buatan jam tangan ini mencerminkan kesetiaan yang kuat terhadap tradisi, keanggunan dan prestasi.

Dengan pengalaman bertahun-tahun sebagai pencatat masa bagi kejuaraan dunia dalam sukan dan menjadi rakan dalam persekutuan sukan antarabangsa, Longines menjalinkan hubungan kukuh dan berkekalan dengan dunia sukan.

Terkenal dengan keanggunan koleksinya, Longines dalam Swatch Group Ltd ialah pengeluar utama produk horologikal terkemuka di dunia.

Dengan lambang jam pasir bersayap sebagai simbolnya, jenama ini mempunyai 'outlet' di lebih 150 negara.

Tiada ulasan: