28 September 2021

Pfizer lancar ujian vaksin selesema mRNA

 SERDANG 05 MAC 2021. Seorang petugas kesihatan menunjukkan botol vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech ketika tinjauan suntikan vaksin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang. NSTP/AIZUDDIN SAAD

SERDANG 05 MAC 2021. Seorang petugas kesihatan menunjukkan botol vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech ketika tinjauan suntikan vaksin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang. NSTP/AIZUDDIN SAAD

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer menyatakan ia telah memulakan ujian klinikal vaksin influenza menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik (mRNA), yang sama seperti kejayaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan.

Ujian klinikal itu bertujuan meningkatkan potensi vaksin selesema itu kepada 40 hingga 60 peratus terhadap penyakit yang kini sudah membunuh lebih 650,000 nyawa setahun.

Ketua Penyelidikan Vaksin di Pfizer, Kathrin Jansen, berkata pandemik COVID-19 memberi peluang kepada pihaknya memanfaatkan ilmu saintifik mRNA yang sangat besar.

"Influenza tetap menjadi perkara di mana kita melihat perlunya vaksin yang boleh menghasilkan peningkatan keberkesanan pada musim tertentu dan kami percaya mRNA adalah teknologi yang ideal untuk menghadapi situasi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Kajian peringkat awal akan merekrut lebih 600 rakyat Amerika berusia 65 hingga 85 tahun di mana secara khusus, Pfizer ingin membandingkan keselamatan dan tahap tindak balas imun mRNA tunggal, dua kali ganda dan empat kali ganda pada tahap dos berlainan berbanding vaksin empat kali ganda yang berlesen.

Menurut pakar, mRNA hanya memerlukan urutan genetik virus atau bahagian tertentu daripadanya untuk penghasilan vaksin lebih cepat dan lebih fleksibel.

Malah tubuh manusia membaca kod genetik dan menghasilkan sel-sel seperti virus yang melatih sistem imun untuk bersiap sedia terhadap perkara sebenar.

Pfizer mula membangunkan vaksin influenza mRNA pada 2018 dengan kerjasama rakan Jermannya, BioNTech yang turut mendapat royalti selepas diluluskan dan dikomersialkan.

Pada masa depan, Pfizer merancang untuk meneroka ubat mRNA untuk virus pernafasan lain, barah dan penyakit genetik.

Moderna juga membangunkan vaksin selesema mRNA dan melawan virus pernafasan (RSV). - AFP

BH/-

Tiada ulasan: