12 September 2021

Jualan helang paling mahal RM1.9 juta

 ANTARA burung helang yang dilelong pada acara berkenaan. FOTO TWITTER SPA

ANTARA burung helang yang dilelong pada acara berkenaan. FOTO TWITTER SPA

Riyadh: Seekor burung helang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah AS$464,400 (RM1.9 juta).

Penjualan berkenaan menjadi rekod terbaharu untuk burung helang termahal pernah dijual di dunia.

Acara lelongan burung dari spesies jarang jumpa, Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.

Ia disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.

Burung seberat 980 gram dan mempunyai ketinggian 42 sentimeter itu berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia mengatasi rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga AS$93,347 (RM386,129) pada hari kelapan acara berkenaan.

Lapor Saudi Press Agency, jurucakap Kelab Falcon Saudi, Walid Al-Taweel berkata, acara lelongan itu bermula penghujung bulan lalu dengan menghimpunkan penternak burung dari 14 negara.

Agensi

Tiada ulasan: