12 September 2021

Sekolah di negeri Fasa 1, 2 PPN kekal ditutup

 

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mengumumkan sekolah di negeri Fasa 1 dan kebanyakan sekolah di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Katanya, pembukaan semula sekolah akan menggunakan kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50% daripada jumlah keseluruhan.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang bergilir-gilir setiap minggu.

“Pelajar yang belajar dari rumah akan dimaklumkan topik yang mereka perlu pelajari dan diberikan bahan sokongan sedia ada, seperti di YouTube dan DidikTV.

“Selepas seminggu, mereka yang menghadiri kelas fizikal akan menjalani PdPR. Penggiliran ini akan diteruskan sehingga tamat penggal persekolahan,” katanya dalam sidang media hari ini.

FMT/-

Tiada ulasan: