12 September 2021

Pecutan Ronaldo cecah 32.5 km/j [VIDEO]

 RONALDO bukan manusia biasa selepas melakukan pecutan deras pada usia 36 tahun. FOTO AFP

RONALDO bukan manusia biasa selepas melakukan pecutan deras pada usia 36 tahun. FOTO AFP

Manchester: Cristiano Ronaldo berjaya melakukan pecutan 32.5 kilometer per jam (km/j) ketika Manchester menentang Newcastle United semalam dan ia sangat luar biasa untuk ditonton.

Ronaldo meledak dua gol ketika penampilan sulung buat kali kedua untuk membantu United mencatat kemenangan 4-1.

Fizikal pemain berusia 36 tahun itu sangat luar biasa dan berjaya membuktikan kemampuannya ketika meledak gol kedua.

Luke Shaw melorong bola kepada Ronaldo, yang mula membuka langkah melakukan pecutan sebelum menyepak bola melepasi celah kaki Freddie Woodman.

Ronaldo berjaya mengetepikan cabaran yang cuba diberikan Javier Manquillo dan Isaac Hayden.

BBC Sport mengesahkan pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu melakukan pecutan 32.5km/j, tatkala sebelum ini dia hanya melakukan larian deras 20.2km/j.

Usianya bukan hampir mencecah 40 tahun bukannya 30, sekali gus melangkaui hukum alam.

Agensi

Tiada ulasan: