12 September 2021

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 KEPADA KONGRES RAKYAT/SELAMAT BERKONGRES KEPADA PESERTA KONGRES EKONOMI RAKYAT.

 


Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Kongres Rakyat sempena ulangtahun ke-6 pada hari ini, 12 September 2021. Sesungguhnya Kongres Rakyat telah meniti perjuangan bersama denyut nadi rakyat Malaysia dalam tempoh tersebut yang bernilai harganya.

UMMAH mendoakan semoga Kongres Rakyat terus dipacu dengan jayanya dibawah kempimpinan Saudara Mohd Shuhaimi bin Embong, sebagai Pengerusi/Ketua Sekretariat bagi mengurus dan memperbadankannya sebagai sebuah organisasi yang melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya serta menganjurkan program dan aktiviti yang bersesuaian dengan fungsinya.

UMMAH juga mengucapkan selamat berkongres kepada semua peserta Kongres Ekonomi Rakyat (KER) yang diadakan pada hari ini dengan tujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER).


Penyertaan dari wakil-wakil NGO adalah amat penting demi kelangsungan usaha semua pihak untuk kita memahami situasi ekonomi negara dalam keadaan kita sedang bergelut dengan pandamik Covid 19.

Selamat Ulang Tahun & Selamat Berkongres.

IDHAM LIM
Setiausaha Agung
Gerakan Pembela Ummah - UMMAH

Tiada ulasan: