Kota Bharu: Siasatan terhadap Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dijangka selesai tidak lama lagi apabila ia diputuskan bertentangan dengan hukum syarak dan agama Islam.
Beliau berkata, ia hasil daripada Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) minggu lalu yang turut dihadiri oleh beliau bersama mufti yang membincangkan khusus berkenaan ajaran itu.
Katanya, keputusan sudah keluar dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap wanita itu dan pengikutnya yang berjumlah lebih 1,000 orang.
"Hukuman akan diputuskan oleh mahkamah dan wanita itu serta pengikutnya boleh dikenakan penjara dan denda.
"Alhamdulillah, dari segi peringkat kita, hukum ajaran itu bercanggah dengan agama Islam dan bertentangan dengan hukum syarak kerana masyarakat kita ini suka menggunakan jalan pintas untuk masuk ke syurga.
"Saya nasihatkan masyarakat kita supaya kembali kepada ajaran Islam dan al-Quran," katanya ketika ditemui di Program Penyampaian Bantuan Secara Pandu Lalu Kepada Pelajar Cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, sebelum terbabit ajaran itu, wanita berkenaan sudah dinasihatkan oleh suaminya supaya tidak meneruskan ajaran.
"Saya difahamkan, suami wanita itu tidak menjadi pengikut isterinya, sebaliknya pengikut wanita itu adalah dalam kalangan mereka yang dikenali secara dalam talian," katanya.
Bermula 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan, seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan aktif sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.
Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.
FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan