01 Oktober 2021

11,889 kes Covid-19, Sarawak kekal tertinggi

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 11,889 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,257,584 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,413 kes.

Ia diikuti Selangor yang mencatatkan sebanyak 1,568 kes, Johor (1,217), Perak (959), Sabah (872), Kelantan (858), Pahang (831), Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Melaka (378), Kuala Lumpur (289), Negeri Sembilan (197), Perlis (81), Putrajaya (36), dan Labuan (dua).

FMT/-

Tiada ulasan: