01 Oktober 2021

60 peratus populasi dewasa di setiap negeri lengkap divaksin

 Gambar hiasan. Keadaan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Kinabalu. Foto fail NSTP

Gambar hiasan. Keadaan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Kinabalu. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) melaporkan Sabah menjadi negeri terakhir melepasi angka itu selepas 60.3 peratus penduduk dewasanya melengkapkan dua dos vaksinasi, sementara 71.9 peratus lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

JKJAV menerusi hantaran di laman Facebook rasminya mengumumkan kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 86.3 peratus atau 20,202,624 penduduk sudah menerima vaksinasi lengkap menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Seramai 22,042,703 atau 94.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos, termasuk dos tunggal dan dos lengkap di negara ini adalah sebanyak 43,696,743," katanya.


Lembah Klang mencatatkan peratusan tertinggi bagi populasi keseluruhan yang lengkap divaksin iaitu sebanyak 81.2 peratus atau seramai 6,838,511 orang.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 67.8 peratus, Negeri Sembilan (70.3), Perlis (65.1), Sarawak (65.5) dan Melaka (64).

Tiga negeri mencatatkan peratusan populasi keseluruhan yang menerima dos lengkap paling rendah ialah Sabah dengan 42.7 peratus, Kelantan (45.9) dan Perak (53.6).

bharian/-

Tiada ulasan: