01 Oktober 2021

'Lengkap vaksin syarat 'dine-in' dalam semua fasa PPN'

 Orang ramai mengambil peluang menikmati makan malam secara "dine in" di tapak Food Truck "La Park" yang terletak bersebelahan dengan Royal Chulan Hotel Jalan Conlay. Kuala Lumpur

Orang ramai mengambil peluang menikmati makan malam secara "dine in" di tapak Food Truck "La Park" yang terletak bersebelahan dengan Royal Chulan Hotel Jalan Conlay. Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Syarat vaksinasi lengkap bagi makan di restoran atau 'dine in' dikekalkan dalam semua peringkat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) awal hari ini yang tidak meletakkan syarat mesti lengkap vaksinasi untuk aktiviti dine-in' bagi penduduk di negeri Fasa 3 PPN disebabkan ia belum dikemaskini.

"Keperluan vaksinasi lengkap untuk 'dine-in' kekal bagi semua fasa pemulihan.

"Peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya, sebentar tadi.

Khairy turut memaklumkan, kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Isu mengenai kebenaran 'dine-in' hangat diperkatakan susulan MKN pagi tadi tidak meletakkan ketetapan syarat vaksinasi lengkap bagi aktiviti berkenaan dalam Fasa 3 PPN.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan, bahkan ramai pengguna media sosial khuatir penyebaran wabak COVID-19di restoran atau kedai makan.

Sementara itu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menjelaskan yang keperluan vaksinasi lengkap akan terus menjadi syarat bagi setiap kemudahan yang diperuntukkan kerajaan melalui PPN.

"Ya, malah bukan sahaja 'dine-in' tetapi Kabinet juga setuju setiap kemudahan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal di semua fasa PPN," katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

bharian/-

Tiada ulasan: