19 Oktober 2021

9,139 dos penggalak diberikan semalam

 Jumlah kumulatif dos penggalak vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kepada kumpulan sasar kini mencecah 30,756, setakat semalam. - Foto hiasan NSTP

Jumlah kumulatif dos penggalak vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kepada kumpulan sasar kini mencecah 30,756, setakat semalam. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,139 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 30,756 selepas dilancarkan, Khamis lalu.

Angka itu dikongsikan Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW yang turut menjelaskan, 207,541 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 48,046,427 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 167,136 lengkap divaksin dan 31,266 dos satu.

Ini sekali gus menjadikan 22,934,377 atau 70.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 2,306,254 (7.1 peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,578,180 (23.2 peratus) lagi tiada vaksinasi.

Perkongsian sama turut menyaksikan, seramai 940,960 atau 29.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 1,542,733 (49 peratus) belum lengkap vaksinasi dan 663,807 (21.1 peratus) tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,434 kes harian dilaporkan, semalam, tanpa kematian baharu.

Sejak COVID-19 melanda negara, jumlah keseluruhan korban telah mencecah 27,993 kes, dengan 5,655 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kematian itu meliputi 68.6 peratus kes tiada vaksinasi, manakala belum lengkap vaksinasi (21.5 peratus) dan sudah lengkap divaksin (9.9 peratus).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 40.3 peratus atau 347 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.5 peratus atau 679 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66.8 peratus atau 1,880 kes).

BHARIAN.

Tiada ulasan: