19 Oktober 2021

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H


SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dalam suasana umat Islam perlu bersatu demi untuk mempertahankan Islam.
Demikianlah Baginda Rasulullah saw di putra dan diutuskan ke dunia ini demi untuk menyatukan seluruh umat manusia di bawah satu aqidah Islam yang menyelamatkan kita di dunia sehingga ke akhirat.
Perpecahan Umat Islam akan melemahkan kita dalam semua bidang dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk menindas umat Islam.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini Ummah menyeru umat Islam untuk bersatu bagi mendaulatkan Islam dibumi bertuah ini. Marilah kita menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai panduan utama dalam menjalani kehidupan .
Perbanyakanlah Selawat kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan yg mendalam kepada baginda.

Tiada ulasan: