19 Oktober 2021

COVID-19: 5,745 kes jangkitan baharu

 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/ARKIB

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/ARKIB

PUTRAJAYA: Jangkitan harian COVID-19 kekal di bawah 6,000 kes dengan sejumlah 5,745 jangkitan baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu dijangkiti virus berkenaan ialah 2,401,866 kes.

"Seramai 152,478 individu disaring semalam daripada jumlah itu, sejumlah 5,745 kes dikesan positif COVID-19 iaitu 3.77 peratus kadar positiviti.

"Kesedaran orang ramai adalah amat penting untuk mendapatkan vaksin, patuh pada prosedur operasi standard (SOP) serta jalani ujian saringan menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara berkala," katanya dalam Twitter hari ini.

bharian/-

Tiada ulasan: