NEW YORK: Bitcoin meneruskan kenaikannya ke paras tertinggi dalam sejarah disokong keyakinan terhadap pelancaran dana niaga hadapan Bitcoin pertama yang didagangkan di Amerika Syarikat (AS) oleh pengurus aset, ProShares.
Mata wang kripto terbesar itu melonjak sehingga 2.6 peratus dalam dagangan Asia pada Selasa dan berlegar menghampiri AS$62,600 setakat jam 12:03 tengah hari di Hong Kong.
Ia meningkat lebih daripada dua kali ganda tahun ini dalam dagangan tidak menentu.
Dalam sesi dagangan pada April, Bitcoin merekodkan nilai hampir AS$64,870.
ProShares merancang untuk melancarkan dana niaga hadapan di Bursa Saham New York, kata Ketua Eksekutifnya, Michael Sapir dalam satu temubual.
Langkah itu adalah isyarat terkini pelaburan berkaitan kripto akan menjadi lebih penting.
"Minat Bitcoin terhadap ETF akan menjana beberapa bilion dolar AS menjadi aset di bawah pengurusan," kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda Corp, Edward Moya.
Prospek peningkatan minat terhadap Bitcoin daripada pelabur institusi dan runcit meningkatkan nilainya yang pada 2021 melonjak dalam aspek pulangan berbanding aset tradisional seperti saham, bon dan emas.
Ia mencatatkan perubahan ketara bermula pertengahan tahun apabila wujudnya kebimbangan berhubung penggunaan tenaga dan tindakan keras kripto di China yang menyaksikan nilainya menjunam di bawah AS$30,000.
Mata wang kripto lain turut meningkat minggu ini termasuk Ether.
Indeks Kripto Galaxy Bloomberg berada di paras tertinggi sejak Mei.
Saham berkaitan kripto meningkat pada Isnin termasuk firma tersenarai, Coinbase Global Inc, syarikat pelombongan Riot Blockchain Inc dan Argo Blockchain Plc.
-Bloomberg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan