PETALING JAYA: Sistem tekanan rendah kini berada di Laut Andaman dan dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, kemungkinan sistem itu untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.
Jelasnya, keadaan itu boleh menyebabkan ribut petir atau garis badai di negeri-negeri utara Semenanjung pada 21 dan 22 Disember ini.
Oleh itu orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan berwaspada.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa memantau keadaan cuaca itu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan bila keadaan perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan