05 Februari 2022

9,117 kes Covid-19 direkodkan hari ini

 

PETALING JAYA: Jumlah janglitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 9,117 kes.

Daripada jumlah itu, jumlah kumulatif dalam negara menjadi sebanyak 2,904,131 kes.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid-19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

Jelasnya, gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti dan setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta.

Lonjakan kes telah berlaku dengan ketara semalam, apabila jumlah kes Covid-19 meningkatkan sehingga mencatatkan 7,234 kes berbanding 5,720 kes pada 3 Februari.- UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: