04 Mac 2009

Jam 3.08 ptg : Laporan Polis Telah Di buat

ADUN Titi Serong, Yb DRS Khalil Idham Lim sampai di balai Polis Pusat,Ipoh pada jam 2.40 ptg untuk membuat laporan polis berhubung dengan kejadian yang berlaku di hadapan Bangunan SUK pagi tadi.

Beliau ditemani oleh Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat, Dato Ngeh Khor Ham dan Nga Khor Ming serta ADUN lain yang hadir ialah ADUN Canning,YB Wong Khar Wong dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang

8 ulasan:

Awanama berkata...

mohon apapun tindakan kita MESTI disertai oleh MELYU-CINA-INDIA untuk menunjukkan solidarity Pakatan Rakyat.http://tokpepijat.blogspot.com/

Ubaid Madani berkata...

lawan tetap lawan,kalo dulu RSAW meeting/dakwah bawah pokok korma,la ni DUN Perak bersidang bawah pokok,okla tu

Awanama berkata...

Kalaulah ada pihak lain selain daripada Polis yang boleh kita buat aduan.....yang peringkat antarabangsa ke, biar bagi malu, BN dan 'sayap-sayap tak resmi' dia.

Power Renjis berkata...

lapor aje..pastu depa terus buang kat bakul sampah

me berkata...

boleh tanya..x ?
Laporan tentang apa ?

Awanama berkata...

Berjuanglah untuk hapuskan pengamal korupsi. Kami tetap akan menyokong. PRU13 akan menjelang. Walaupun DUN tidak dibubarkan. Kita lawan di PRU13. Dengan penuh keazaman kami mengharapkan DUN Perak dibubarkan secepat mungkin. Takbir!!!

Awanama berkata...

Rasanya BN pun tak sangka PR akan berlawan habis-habisan.. Sangkakan mudah bila merampas negeri..

Awanama berkata...

Kpd hero hero Pakatan. ambil perhatian , masa nak pi lapor polis ke aupe ke , bawa bersama ADUN Melayu, jangan semuanya cina saja yg pi walupun sorang tu cina Islam. UMNO akan tuduh perkauman dan ini mempengaruhi minda melayu kampong ! So, Idham Lim, ini orang Kg Kedah P Buntar tegur ya...jgn exited sangat...namun lawan tetap lawan q