04 Mac 2009

Majlis peguam persoal keputusan mahkamah

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini.

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis.

Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. Mstar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau setiausaha dewan pun berani memperlekehkan arahan speaker apatahlagi mereka yang lebih tinggi pangkatnya spt setiausaha kerajaan negeri,ketua polis negeri, menteri besar haram,penasihat undang-undang negeri,pesuruh jaya kehakiman negeri dan perdana menteri.Seluruh rakyat Perak berasa sangat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku sekarang ini.Hanya kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak harapan yang tinggal selain dari doa dan solat hajat memohon kepada ALLAH.....'Patik sekelian mohon sembah derhaka agar sudi apalah kiranya Tuanku yang adil dan bijaksana menyelesaikan kemelut yang melanda negeri dengan hanya satu cara iaitu membubarkan DUN'.....YA ALLAH BERILAH TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA RAJA KAMI,AMIN.....

Tanpa Nama berkata...

speaker salah guna kuasa?... sultan plak x salah guna kuasa ke? masuk kubur nanti x de nk ditanya siapa sultan kamu... akhirat nanti kita tgok darjat sape lagi tggi..

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macamna..akhir nya perak jadilah sebuah negeri yang celaru dgn pertikaian undang2..maklum lah soltan bekas hakim negara..maka dgn ini rakyat perak makin mahir hal undeng undeng ..

Dailog musang berjangut..undang2 boleh di pinda..bijak p ramleee..

Tanpa Nama berkata...

Kami Rakyat Perak di perantauan sentiasa mendokan agar "Kerjaan haram" di perak runtuh seperti mana runtuhnya WTC di USA ....Aminn..

Tanpa Nama berkata...

aku stuju dgn kata2 majlis peguam. Lg 1 aku tgk di mana Zamry berada semasa pergolakan panas berlaku di negeri dia kalau dialah ketua negeri??? kalau dia rasa ada kuasa menteri besar aku nak tengok dia yg halang secara depan semasa sidang tergempar berlaku. senang la PR nak saman. Ni sembunyi jadi penakot! bawak yg bangang2 melalak sana sini buatpe. Lg 1 aku nak ada org siasat siapa dalang yg beri arahan pada polis,fru untuk sekat semua ni. arahan atas arahan atas arahan dan kita nak hadapkan org ni ke mahkamah ke Sprm ke coz dah salah guna kuasa. Polis ni bebas tambahlak ni soal pelembagaan tinggi ngeri perak. polis hanya menjaga keselamatan bukan menghukum dgn arahan menghalang YB2 memasuki dewan. siapa dalang disebalik ni? DAKWA! x pasai2 polis jd busuk! Fru jd busuk gak. padahal abg2 polis ada yg berperikemanusiaan gak. Cuma atas arahan katanya... Siapa arah??? lama2 aku lgsung x respek kat org berunifom. sapa salah? Eloklah abg2 polis suarakan ketidakpuasan hati sama.. yg buat kerja korg yg na ngadap org awam korg..yg bg arahan senang lenang..suka hati je.. arap2 dia dikenang budi atas arahan terlaksananye.. dia kayo korg je makan gaji.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu laksama Do Re Mi datang bantu kita...takbir