04 Mac 2009

Mahkamah Persekutuan atau kekal di Mahkamah Tinggi, Jumaat ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan memutuskan Jumaat ini sama ada akan merujuk ke Mahkamah Persekutuan kes saman yang difailkan oleh Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin untuk mencabar pelantikan Datuk Zambry Abdul Kadar memegang jawatan yang sama.

Peguam Nizar yang diketuai Sulaiman Abdullah hari ini memohon supaya kes tersebut diteruskan manakala peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memohon supaya kes itu dibawa terus ke Mahkamah Persekutuan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Hakim Lau Bee Lan - yang menggantikan Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof yang menarik diri - mendengar kes itu, yang hanya ditetapkan untuk sebutan hari ini.

Bagaimanapun, apabila Sulaiman berhujah supaya permohonannya diteruskan, Kamaluddin memaklumkan kepada hakim bahawa beliau akan membantah permohonan itu dan berkata adalah lebih baik perkara itu didengar Mahkamah Persekutuan kerana ia membabitkan persoalan mengenai Perlembagaan dalam usaha untuk menyelesaikan kebuntuan politik di Perak.

Penasihat undang-undang negeri Perak, Ahmad Kamal Md Shahid, mewakili Zambry.

Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan berhujah di mahkamah sepanjang prosiding tersebut ekoran bantahan Sulaiman bahawa Nizar menyaman Zambry atas kapasiti peribadinya dan bukan atas kapasiti rasminya.

"Penasihat undang-undang negeri tidak mempunyai locus standi dalam prosiding ini," tegas Sulaiman.

Dalam membuat permohonan tersebut, Sulaiman berkata ia mesti didengar dan diselesaikan terlebih dahulu dan ia boleh didengar oleh Hakim Lau.

Menurutnya lagi, pelanggannya tidak mahu merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan sebelum isu permohonan diselesaikan.Malaysiakini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa yb guna akaun peribadi untuk derma mangsa ribut. Tak adakah akaun pejabat Adun atau akaun PAS?. YB boleh dikenakan tindakan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dengan teguran kepada yb kami, apa pun nama akaun ,saya yakin yb tidak akan salahguna sumbangan itu untuk kepentingan peribadi. cepat sangat sdr nak buruk sangka.Setakat ini mengikut pengetahuan saya, yb guna wang saya sendiri untuk bantu magsa itu. Belum ada yang menyumbang pun ke akaun itu semasa saya ditugaskan untuk periksa akaun itu kelmarin.WMcinaislam

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma nasihat. Terpulang nak ikut atau tidak. Bukan buruk sangka. Hanya Allah yang tahu

Tanpa Nama berkata...

bagus bagi nasihat supaya kita beringat ingat musuh sentiasa cari ruang utk tikam waspada selalu.