04 Mac 2009

Laporan Polis ADUN Titi Serong.

Saya telah selesai membuat Laporan Polis dan memberi keterangtan kepada pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Pusat Ipoh pada jam 4.15 petang. Saya ditemani oleh ADUN Sungkai, Yb.Sivanesan yang juga seorang peguam selama memberi keterangan tersebut.

Berikut ini saya terbitkan Laporan Polis tersebut untuk tatapan pengunjung blog cina islam:-

LAPORAN POLIS

Pada pukul 9.25 pagi hari ini, kami 27 ahli Dewan Undangan Negeri Perak bersama dengan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah datang ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Mesyuarat Ke-4, penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ke Dua belas, Dewan Undangan Negeri Perak atas notis Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri bertarikh 27/2/2009.

Apabila kami sampai ke depan kawasan Bangunan SUK, pihak kami telah dihalang oleh sekumpulan samseng yang dipercayai penyokong UMNO serta pasukan FRU yang diketuai oleh OCPD Ipoh, Azizman Alias. Pihak kami selaku Ahli Dewan Negeri telah dihalang secara tidak munasabah untuk memasuki Dewan Mesyuarat Bangunan SUK.

Pihak kami telah dihalang secara jelas oleh Azizman dan mengikut pengumuman oleh beliau diatas kereta water canon, kami tidak dibenarkan masuk adalah atas arahan dari setiausaha kerajaan negeri, Dato Abdul Rahman Bin Hashim. Beliau mengumumkan bahawa semua Ahli Dewan Negeri tidak dibenarkan masuk kecuali Tuan Speaker sahaja boleh masuk ke dalam bangunan SUK.

Pihak kami telah menunggu lebih kurang 30 minit untuk memasuki bangunan tersebut tetapi pihak polis dan Dato Abdul Rahman masih menghalang kami wakil rakyat yang sah dari memasuki bangunan Perak.

Oleh demikian, adalah menjadi satu kesalahan jenayah dibawah Section 124 Kanun Keseksaan(Penal Code), dimana Azizman, Dato Abdul Rahman Bin Hashim serta semua kakitangan dan pihak terlibat dalam menghalang kemasukan Ahli Dewan ke dalam Dewan atas sebab tindakan mereka yang salah disisi undang-undang tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kami meminta pihak polis mengadakan siasatan terperinci dan mengambil segala tindakan yang wajar supaya pihak mereka yang terlibat dihadap ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

Laporan ini penting demi memulihkan demokrasi dan undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di Negeri Perak ini.

Sekian, laporan saya.

(YB.DRS. KHALIL IDHAM LIM)
ADUN Titi Serong, PERAK.
No. I/C : 641102035125
Tarikh : 3 Mac 2009

13 ulasan:

Awanama berkata...

semoga aduan YB dapat diambil langkah sewajarnya tanpa pilih bulu oleh pihak berwajib.
Biasanya kalau laporan polis dibuat pihak pembangkang didiamkan saja.

Awanama berkata...

drs..... adakah diorg akan membakul sampah jer laporan yang diberikan.... lagipun semua sistem kat malaysia nie semua dah jadi alat be end.... sistem kehakiman,polis,FRU,spr,sprm.....semua dah jadi alat propaganda be end.... kiter skrg diperintah oleh kerajaan kuku besi(diktator) yang sama keadaan nyer ketika pemerintahan nazi hitler..... kiter hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT untuk membantu kite....

Awanama berkata...

Semoga PR kembali mentadbir kerajaan Perak..... kite kene lawan balik..... lawan yob lawan.....

Awanama berkata...

ADA TIGA CARA SAJA UNTUK SELESAI KRISIS DI PERAK NI.
1. SULTAN YANG KATANYA ARIF PASAL UNDANG-UNDANG, TAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK, SEDIA UNTUK BUBAR DEWAN.
2. BIARKAN BN(bARISAN nAJis)TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA,bermaharaja lela, pakatan rakyat terus kempen menangi hati rakyat, solat hajat, dan pilihan raya 13 kita tukar kerajaan.
3. kITA PAKAT DENGAN SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT, BAIKOT SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN 'BN',

Awanama berkata...

YB...baguslah laporan Polis tersebut...tapi macam biasa lah...kita lapor nie...Polis tak berapa ambil layan..kerana makan gaji punya pasai...paling tidak kita buktikan kepada dunia kita adalah pejuang keadilan...Demokrasi dan ketahuilah ...penyangak-penyangak itu akan mati nanti...

Awanama berkata...

YB syukran kathir atas perkembangan semasa yang berlaku di perak. saya harap YB dapat sentiasa informkan dalam blogspot YB nie.saya memang dah tak percaya pada TV & surat khabar utusan dan berita harian.walaupun saya asal,tinggal n mengundi di kawasan YB titi serong dan saya sekarang kat sarawak sentiasa mengikuti perkembangan blogspot atau post-post yang terbaru daripada YB. saya harap YB teruskan perjuangan yang dilakukan selama ini.INSYAALLAH ALLAH akan bersama dengan orang-orang yang benar serta dengan orang yang sabar. sama-sama lah kita berdoa semoga ALLAH membantu memudahkan segala urusan yang YB lakukan nserta semua lakukan.TAKBIRRRRR

Awanama berkata...

udin banjar menyokong segala usaha ke arah kebaikan.kebenaran akan muncul akhirnya. bersabar dan berdoa.ayuh mari kita kayuh baimbai.berjuang menentang kezaliman.

Awanama berkata...

polis zaman la ni bukan bolih pecaya lagi...
dari ketua sampai ke konstable semua tak boleh pakai. depa la ni bukannya nak jaga keselamatan, mencegah jenayah & menghapus dadah, yg depa dok kira nak belasah orang kalau ada ceramah @ perhimpunan yang dianjur oleh pembangkang macam la negara kita ni tak pernah aman. sedangkan kita dok dengar la ni kes bunuh boleh kata tiap tiap hari ada, pecah rumah tiap2 hari ada, dadah ni sampai di cap sebagai stesen transit. depa (polis) bukan buat apa pun... aku rasa la depa ni tak sedar gamak kut kata depa la ni dok jadi barua BN...

Awanama berkata...

syabas yb teruskan perjuangan

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

Kasihan pada rakyat Negeri Perak, kucar kacir sampai bermesyuarat di bawah pokok. Teringat cerita Laksamana Do Re Mi lakonan P.Ramlee.

Angkara Pasolla yang gila kuasa dan gila betina, seluruh negeri huru-hara.

Tapi takpe, tak lama lagi akan muncul la watak Do Re Mi yang mengusut masaikan negeri..

keristamingsari berkata...

Allah bersama orang-orang yang benar..........Takbir.....Allahuakbar...

Awanama berkata...

Rasa-rasa, zaman dulu-dulu kalau kes mcm ni tentu dah jadi ketua lanun, angkat diri sbg raja dari buloh betong, muntah lembu tah apa-apa lagi. pastu ramaila... tukang kipas punggung nak habuan..rasa-rasa depa yang dok tahan ADUN tak bagi masuk dewan tu kot-kot anak cucu depa yang dulu-dulu kot. Allahlah kita berserah. Harta atas dunia jadi taik aja...!

Awanama berkata...

Syabas YB, teruskan gegigihan anda dan iltizam /istiqomah. Saya sangat yakin bahawa pertolongan ALLAH terlalu hampir dengan orang-orang benar dan ikhlas.

ALLAH HUAKBAR! Saya serta seluruh keluarga tetap bersama PR.