18 April 2012

Dollah gesa pemain kekal disiplin

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BERKONGSI mata dengan pendahulu liga, Pahang mahu membuktikan pasukannya layak berada di senarai teratas liga dengan perbezaan mata melalui kemenangan dalam perlawanan dan bukan disebabkan jurang jaringan.

Pengendali pasukan, Dollah Salleh berkata, untuk kekal di senarai teratas, setiap perlawanan perlu menang bagi memastikan jurang mata yang lebih besar dengan pendahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan mereka terutama kesefahaman dan kerjasama yang dicapai sebagai sebuah pasukan.

“Mereka begitu bersungguh-sungguh dan nampak lebih matang daripada sebelum ini meskipun berdepan dengan pemain import dari pasukan lain,” katanya.

Berjaya membelasah MBJB FC, 5-0 kelmarin, beliau turut yakin kesebelasan utama yang ditampilkan sudah cukup cemerlang meskipun tanpa pemain import.

“Saya harap semua pemain mengekalkan komitmen dan disiplin jika mahu meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: