16 April 2012

Pasukan pemantau pertama tiba di Syria, mula misi hari ini

24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Pasukan pemantau pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Syria lewat semalam (waktu Malaysia) - sebahagian daripada pelan damai badan dunia itu untuk menamatkan krisis yang berlarutan lebih setahun.

Jurucakap pasukan pengaman PBB, Kieran Dwyer berkata, enam anggota pemantau itu telah pun tiba di ibu negara Damsyik.

Pasukan itu akan memulakan misi mereka hari ini.

Kumpulan enam anggota itu berlepas dari New York sejurus selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi menempatkan pasukan pemantau di Syria.

Kumpulan enam anggota itu sebahagian daripada 30 orang yang akan dihantar ke Syria susulan resolusi PBB yang diterima kelmarin.

Sebelum ini Utusan Khas PBB dan Liga Arab Kofi Annan, yang menggerakkan pelan damai enam perkara, berharap jumlah itu akan ditambah menjadi 200 orang.

"Baki anggota pasukan pemantau dijangka tiba di Syria dalam beberapa hari lagi," kata Dwyer dipetik AFP dan BBC.

Sinar Harian

Tiada ulasan: