16 April 2012

Piala FA: Chelsea menang 5-1, mara ke final

24 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

CHELSEA menumpaskan Tottenham 5-1, dalam perlawanan separuh akhir yang berkontroversi, untuk mara ke final persaingan Piala FA.

Pasukan itu memecat pengurusnya bulan lalu akan bertemu Liverpool di perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir itu, yang berlangsung awal pagi ini, mencetuskan semula debat mengenai keperluan teknologi garisan gol.

Tottenham mendakwa wujud unsur-unsur tidak adil dan pengadil perlawanan Martin Atkinson bertindak memihak kepada Chelsea.

Kemenangan Chelsea ini cukup bermakna ketika ia dijadual bermain dalam pusingan pertama separuh akhir kejohanan Liga Juara-juara menentang Barcelona di Stamford Bridge.

Chelsea menjaringkan gol pertama pada minit ke-43 menerusi Didier Drogba, dan disusuli jaringan Juan Mata (48), Ramires (77), Frank Lampard (81) dan Florent Malouda (90).

Gol tunggal Tottenham dijaringkan pada minit ke-56 menerusi Gareth Bale.

Sinar Harian

Tiada ulasan: