09 April 2012

Penjara 10 bulan curi rim lori

17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BALING - Tindakan seorang lelaki mencuri rim lori membawa padah setelah dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohamad Syukor Arshad, 38, dari Kampung Lalang dituduh mencuri tiga rim lori 2 Februari lalu di stor simpanan sebuah syarikat di jalan Charuk Halban, Kampung Bechah Sawa yang bernilai RM500.

Mohamad Syukor mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan majistret Mohd Khairul Hafizudin Ramli.

Sementara itu, Rosli Che Su, 34, dari Kampung Banggol Enggok pula dijatuhi hukuman penjara 12 bulan setelah mengaku bersalah menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal di Kampung Banggol Enggok pada 4 April lalu.

Rosli Che turut dituduh gagal mengemukan kad pengenalan yang diminta oleh pegawai polis mengakibatkannya dihukum penjara selama 14 hari kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 25(1)(n) Akta Pendafataran Negara 1959 (Pindaan 1990) kerana gagal mengemukakan kad pengenalan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: