09 April 2012

Martinez berdepan hukuman FA

17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENGURUS Wigan, Roberto Martinez berdepan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas mengkritik pegawai perlawanan ketika skuadnya tumpas 1-2 di tangan Chelsea, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Martinez mengkritik dan mendakwa penjaga garisan,­ Dave Bryan membantu dalam kemenangan Chelsea.

Menurutnya, dua gol The Blues menerusi Branislav Ivanovic dan Juan Mata sepatutnya tidak dikira kerana berkedudukan offside.

Selepas perlawanan tamat, Martinez yang berang mengeluarkan kenyataan berikut:

“Kami tidak layak menerima kekalahan­ ini. Penjaga garisan tidak memainkan peranannya dengan sempurna. Dua jaringan Chelsea adalah offside tapi penjaga garisan tidak mampu melihatnya. Atau memang dia (Bryan) tidak tahu peraturan bola sepak moden,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: