30 April 2012

PTRS Menolong Pelajar Miskin Berjaya Hadapi SPM

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 30 APR : Mereka mahu cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti Jeetha Balasubramaniam dan Nasuha A’adil Bohar, keluarga mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke tuisyen.

“Dahulunya saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya merupakan ibu tunggal dan tidak mampu membayar tuisyen. PTRS banyak membantu saya,” ujar Jeetha, 18, apabila ditemui pada satu majlis pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di sini semalam.

Semenjak ia diperkenalkan pentadbiran Pakatan Rakyat tiga tahun lalu, PTRS telah menolong pelajar SMK (P) Sri Aman, Meru ini, untuk meningkatkan tahap prestasi pelajar. Ia bitawarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,500 dan tahap akademik yang sederhana.

Sebelum Jeetha menyertai PTRS beliau mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.

Tetapi dengan bantuan PTRS, beliau berjaya mendapat 10A dalam SPM 2011.

Begitu juga dengan Nasuha A’adil Bohara, 18, yang tidak datang keluarga yang berada.

“Ayah saya bekerja sendiri dan pendapatan tidak menentu tetapi saya ingin berjaya seperti orang lai. Mujurlah PTRS yang membantu saya,” bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang.

Nasuha A’adil berkata program seperti ini wajar disertai oleh pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sepertinya kerana mereka juga mampu berjaya.

Seramai 13,367 pelajar telah menikmati manfaat daripada PTRS yang menelan belanja RM9.2 juta sejak ia diperkenalkan.

Seorang lagi penerima anugerah cemerlang, Aini Amirah Hamidon, 18, berkata kelas PTRS berkualiti kerana diajar oleh guru-guru yang berpengalaman.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada koodinator PTRS yang terdiri daripada cikgu-cikgu kerana banyak membantu saya menghadapi SPM lalu,” katanya yang mendapat 7A 3B pada SPM lalu.

Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau diiringi Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

tv selangor/-

Tiada ulasan: