04 Mei 2012

EPL: Mancini anggap Newcastle satu ancaman

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini menganggap pertemuan dengan Newcastle dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini, lebih sukar berbanding perlawanan kelab itu dengan Manchester United Isnin lalu.

Ini berikutan, prestasi Newcastle yang sekali lagi mempamerkan kualiti mereka selepas menang 2-0 ke atas Chelsea di gelanggang lawan awal pagi semalam.

Dengan itu, Mancini memberi amaran kepada anah buahnya supaya berwaspada dengan ancaman Newcastle yang kini berada di prestasi terbaik apabila berkunjung ke gelanggang lawan nanti agar misi untuk mengutip tiga mata akan tercapai.

“Newcastle akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami, lebih sukar berbanding United,” tegas Mancini.

“Mereka berada dalam prestasi yang cemerlang dan tidak mustahil mereka akan menang sekali gus musnahkan impian kami untuk bergelar juara buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun.

"Apa-apa pun kami perlu fokus dan berharap City mampu menjulang mahkota kejuaraan itu," tambah pengurus kelahiran Itali itu.

Kini, City kembali merampas pendahulu Liga dengan kelebihan jaringan gol selepas berjaya mengatasi MU 1-0 dalam perlawanan lalu.

Sinar Harian

Tiada ulasan: