04 Mei 2012

TRW hadapi Lions tanpa tiga tonggak

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

The Red WArrior bakal turun tanpa tiga tonggak utama menentang pasukan­ bimbingan bekas pemain import Kelantan pada tahun 1994, V Sundramoorthy, Lions X11 di Kota Bharu, malam ini.

Pengendalinya, Bojan Hodak mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Mohammad Ghaddar dan Zairul Fitree Ishak menjalani penggantungan satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning. Sementara Mohd Daudsu Jamaluddin juga turut disisihkan kerana masih menjalani penggantungan perlawanan.

“Ketiadaan Mohammad Ghaddar tidak meresahkan saya kerana penggantinya, Mohd Norfarhan Muhammad mampu beraksi dengan baik. Begitu juga Mohd Farisham Ismail yang beraksi cemerlang menggantikan Mohd Daudsu. Cuma saya masih belum memikirkan siapa yang bakal diturunkan beraksi di posisi bek kiri,” katanya.

Perancangan Hodak dalam menyediakan barisan terkuat walau bagaimana pun sedikit terjelas ekoran bari­san­ pemainnya masih berdepan sindrom keletihan kerana mengharungi lima perlawanan dalam tempoh 17 hari lalu.

“Pasukan Lions XII banyak berehat. Mereka tidak ada perlawanan sepanjang tempoh tersebut. Mereka pasti hadir dengan formasi 4-5-1 yang sering digunakan, tetapi saya sudah bersedia dengan percaturan tersendiri,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan menewaskan Lions XII, 2-1 dalam aksi perlawanan pembukaan Liga Super pada 10 Januari lalu menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammad Ghaddar setelah dikejutkan dengan jaringan awal pemain tuan rumah, Baihakki Khaizan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: