04 Mei 2012

Pemimpin BN gelabah, meracau dan hilang akal berhadapan dengan kuasa rakyat

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri dan para Jemaah Menteri UBN amat khuatir dengan kebangkitan rakyat melalui kuasa demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, mereka gelabah, meracau dan hilang akal berhadapan dengan kuasa rakyat seperti yang diterjemahkan melalui BERSIH 3.0.

Buktinya jelas apabila kenyataan antara mereka saling bercanggah bila Hishamuddin menyatakan POLIS merampas kamera wartawan adalah mengikut SOP manakal Ketua Polis pula menyatakan sebaliknya.

Disebabkan mereka terlalu lama duduk di singgahsana dengan menyalah gunakan amanah rakyat dan telah berlalu selama puluhan tahun sehingga menyebabkan mereka berasa gah dan besar diri .

Umno Bn fikir rakyat Malaysia masih ditahap pemikiran lama dan boleh membiarkan mereka terus dikonkong oleh pemberitaan yang berat sebelah.

Umno BN telah pun ‘gah’ di mata rakyat sejak era merdeka lagi, sehingga kini parti itu bertahan sebagai pemerintah selama lebih 50 tahun, tetapi adakah mereka makin kuat?, jawapannya sudah pasti tidak kerana saban tahun kita lihat sokongan rakyat telah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Persoalannya adakah mereka (UBN) sedar hakikat ini? bolehlah kita kata bahawa UMNO BN masih belum sedar malah semakin tidak sedarkan diri, contohnya kita boleh ambil di negeri Perak dalam isu rampasan kuasa pada 2009 lalu.

Saya ingin mengingatkan kepada UMNO BN supaya jangan pandang enteng terhadap suara dan kuasa rakyat.

Rampasan kuasa adalah satu kesilapan besar UMNO BN yang telah terpahat di ingatan rakyat Perak.

Pakatan Rakyat Perak amat yakin mampu mengambil alih semula Perak dari Barisan Nasional, rakyat pasti tidak akan memaafkan pencabulan demokkrasi UMNO BN merampas Perak.

Syabas kepada seluruh rakyat yang telah berjaya menyuarakan hak di jalanan setelah melihat kepincangan dan penipuan BN sedang memuncak sebelum PRU 13 yang bakal menjelang.

Saya yakin UMNO BN tidak berjaya untuk menghalang kuasa rakyat yang mahukan perubahan apa lagi untuk menafikan hak seluruh warga malaysia yang cintakan keadilan.

Pastinya rakyat tidak akan tertipu dengan laungan pemimpin Umno yang mengatakan Pakatan menghasut dan sebagainya, mimpi ngeri mereka (UBN) ialah apabila rakyat bijak dan kaya dengan maklumat semasa.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Tiada ulasan: