04 Mei 2012

Suhakam: Polis langgar hak asasi manusia semasa BERSIH 2.0

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai lalu, kata Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian,
terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam.

Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital.

Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini.

Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: