22 Mei 2012

Riwayat pemerintah rakus dan tamak serta haus dana rakyat perlu ditamatkan secepat mungkin

1 Rejab 1433H. [MOD] -

Pilihanraya yang bakal diumumkan sedikit masa lagi adalah satu peristiwa penting dalam arena politik tanah air, sembang-sembang rakyat di kedai kopi yang semakin nyaring kedengaran mengenai sebuah kerajaan yang lebih adil serta saksama yang bakal mereka pilih. Gelombang penolakan BN semakin kedengaran dan semakin menghampiri hati nurani mereka yang cintakan masa depan negara yang lebih gemilang.

Pakatan Rakyat bukan sengaja menuding jari dengan salahkan Umno BN semudahnya melainkan mereka (Umno BN) sendiri yang membuktikannya dengan segala macam bentuk data, maklumat, fakta , peristiwa, adegan dan tragedi.

Jika di Timur Tengah, pada mulanya mereka langsung tidak menyangka bahawa kuasa rejim zalim akan tersungkur, begitulah di negara ini kita masih memilih jalan demokrasi pilihanraya dan ianya suatu kuasa kebangkitan rakyat yang pasti mampu menggulingkan "regim BN"yang zalim itu..

Di Malaysia, hakikatnya kezaliman sedang berlaku dan rakyat Malaysia berhak keatas setiap nilai keadilan yang selama ini di 'swasta' kan demi kepentingan beberapa individu tertentu yang menjaga survival Umno BN secara salah dan zalim.

Rakyat Malaysia masih mampu mencorak perubahan dan ia masih belum terlambat dan jangan sesekali rakyat masih memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa selepas PRU 13 .

Tidakkah kita cemburu terhadap banyak negara termasuk Myanmar dimana mereka telah pun mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara dengan corak pemerintahan yang adil dan telus.

Sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri mereka membuktikan bahawa BN bukan lagi pembela rakyat, kerajaan berubah menjadi pembela kroni dan mereka sanggup menggadai negara bukan sahaja tanah-tanah digadai sepertimana yang berlaku terhadap nasib-nasib para peneroka Felda, malah kewarganegaraan juga sanggup dipertaruh BN.

Makin lama Umno BN dibiarkan menguasai negara. kita khuatir apa pula yang tergadai selepas ini, mungkin ada lagi blok-blok telaga minyak akan tergadai seperti mana sebelum ini, dan mungkin juga peristiwa sedih kehilangan tanah negara seperti kehilangan hak negara terhadap pulau batu putih dan tanah KTMB terhadap singapura berulang kembali.

Riwayat sang pemerintah rakus dan tamak serta haus dana rakyat perlu ditamatkan secepat mungkin, jangan dibiar kerja 'jijik' umno BN yang tidak henti merosakkan bangsa dan mencelarukan umat serta membolot hak rakyat, rakyat wajib disajikan dengan keadilan.

Maka harapan perubahan kearah Malaysia yang selamat adalah satu amanah besar untuk semua petugas Pakatan Rakyat. Teruskan usaha menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat, turunkan BN dan gantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

WASSALAM,

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Tiada ulasan: