07 Jun 2012

Euro 2012: Ronaldo bukan jaminan terbaik

17 Rejab 1433H. [MOD] -

MEMILIKI pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dalam pasukan bukan jaminan buat Portugal kerana segala usaha keras adalah hasil satu pasukan terutama bagi menghadapi Belanda, Ahad ini.

Pemain bek tengah, Nani berkata, mungkin ramai menyangka Portugal hanya bergantung kepada bintang Real Madrid itu sebaliknya semua pemain memainkan peranan penting bagi mencipta kemenangan buat pasukan.

"Meskipun ramai yang tidak dapat menerima kenyataan ini, tetapi Portugal tidak bergantung kepada Ronaldo semata-mata," katanya yang menyifatkan pemain berusia 27 tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Bagaimanapun katanya, ini memberi peluang kepada pasukan untuk mencipta peluang menjaringkan gol apabila pemain pasukan lawan pasti menumpukan perhatian untuk mengekang Ronaldo dalam perlawanan nanti.

"Matlamat kami dalam saingan kali ini untuk melepasi peringkat kumpulan," katanya yang mengakui Jerman dan Belanda yang turut diundi dalam Kumpulan B adalah saingan terdekat mereka.

Tetap optimis dengan kendalian Paulo Bento, pemain berusia 25 tahun ini yakin sekiranya mereka dapat menyingkirkan antara dua pasukan tersebut dan layak ke suku akhir, kejuaraan musim ini mampu menjadi milik Portugal.

Sinar Harian

Tiada ulasan: