19 Jun 2012

Telan 99 ketulan kapsul syabu

29 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Taktik seorang warga Nigeria yang cuba membawa masuk dadah ke negara ini dengan menelan 99 ketulan kapsul dadah jenis syabu gagal, selepas polis berjaya menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Suspek yang berusia 35 tahun itu baru tiba dari Dubai dan disyaki menelan dadah selepas pemeriksaan daripada hospital.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini, 99 ketul kapsul dadah berjaya dikeluarkan dan dipercayai masih ada saki baki dalam perut suspek.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek masuk ke negara ini sebanyak dua kali.

“Kita berjaya merampas dadah seberat 1.6 kilogram bersama suspek dan nilai rampasan dianggarkan RM330, 600.

“Suspek di tahan reman sehingga 21 Jun ini untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Sinar Harian

Tiada ulasan: