18 Oktober 2012

Henti tindakan zalim kepada warga pendidik

2 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mendesak kerajaan menghentikan tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik.

Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, wujud penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di peringkat Jabatan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar.

Malah katanya, Kementerian Pelajaran seolah-olah gagal mengawal pegawai-pegawai tertinggi dari segi penurunan kuasa, pelaksanaan peraturan dan prosedur dalam melaksanakan tindakan.

Menurut Normala, beberapa kes telah dikenal pasti, antaranya seorang guru Omar Bakar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Perah, Parit Perak telah dibuang kerja hanya kerana tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Pelajaran Perak menukarkannya ke SK Sungai Samak Hutan Melintang.

"Beliau tidak setuju kerana tidak tahan menurut arahan bertukar sebelum ini sebanyak lima kali. Beliau diarahkan bertukar pada 16 Jun 2006 namun beliau telah dibuang kerja ketika kesnya masih dalam proses rayuan supaya tidak dipindahkan," katanya.

Kes kedua katanya, melibatkan suami isteri yang meraikan rakannya yang merupakan ahli keluarga Adun Paroi (PAS) datang menziarahi dan minum petang dirumahnya.

"Kedua-dua mereka Abdul Latif Aminon dipindahkan dari SMK Felcra Bukit Kepong Muar ke SMK Kota Masai Pasir Gudang dan isterinya Hasmah Mohamad Jaiz dari sekolah sama ke SMK Kota Masai 2 pada Febuari 2011," katanya ketika dalam sidang media di lobi Parlimen.

Malah katanya, ada kes yang cukup memalukan apabila seorang guru ditumbuk dan diterajang pada Hari Guru 16 Mei 2012 di hadapan pelajar sekolah.

Guru terbabit, Azman Mohamad Nadzir, katanya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, lebam di bahagian badan serta anak matanya akibat diserang oleh seorang guru yang merupakan penyokong Umno di sekolah yang sama.

Jelas Normala, wujud sikap 'double standard' dalam pelaksanaan tindakan terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di satu pihak yang lain, penglibatan guru-guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan bahkan terus dipertahankan.

Sehubungan itu, Pendidik meminta kerajaan mengambil tindkan tegas terhadap pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan sekolah yang bertindak tidak profesional tidak mengikut prosedur dan mengikut telunjuk orang politik Umno BN yang ada agenda tertentu.

Pendidik juga mencadangkan agar kementerian membentuk satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan  kes-kes penganiayaan yang melibatkan guru.

Ekoran itu, Pendidik turut menyerahkan memorandum 'Desakan Menghentikan Tindakan Tidak Profesional ke atas Warga Pendidik' kepada wakil Ahli Parlimen Kota Raja dan Sik, Dr Siti Mariah Mahmud dan Che Uda Che Nik.

harakah/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta tolong cg normala dan PR perjuangkan isu warga pendidik lbh kuat lagi bb guru2 di johor dibebani tugas yg bukan2,diugut dgn pekeliling, guru yg dipaksa bertugas hari cuti,hari sabtu sentiasa diganggu,ada sesetengah guru besar/pengetua/PK 1 bersaing sesama sendiri demi mengejar nama dan pangkat sehingga berlaku penganiayaan terhadap guru dll..tolonglah kak normala dan PAS perjuangkan isu ini kalau nak warga guru menyokong PR

Rod berkata...

Wa sudah meluat dengan sikap pegawai PPD maupun JPN dalam isu guru berpihak kepada pembangkang. Kalau berpihak pada UMNGOK...jangan kata ambil tindakan malahan naik pangkat lagi pada tahun berikutnya. Kerja yang di bayar gai malas dan liat di lakukan tapi kalau pasal kerja parti, waktu kerja pun tak salah. Di angkutnya kemudahan sekolah bagi tujuan parti. Di gunanya budak budak sekolah yang beruniform untuk acara sambutan dengan alasan membiasakan diri menerima tetamu terhormat.
Cuba semak akan buku kerja atau buku latihan budak budak sekolah yang di ajar oleh geng UMNGOK ni. haram tak bertanda. Malahan tak bagi kerja pun. Sibuk nak sambut YB sana..sibuk nak rai YB sini. Sibuk nak tyeman datin kesana kemari. yang ganti kelas adalah guru guru yang komited. Akhir tahun...Anugerah Perrkhidmatan Cemerlang dapat kat dia orang. dalam masa terdekat di naikkan pangkat dan di letakkan ke PPD atau JPN. Lepas tu arah guru guru supaya bekerja keras. Haram Jadah.Phuuuuuiiit!!
Selamat Datang ke Dunia Pendidikan ala UMNGOK.