16 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
DERITA...Muhammad Fahmi dirawat di HTJS.
SEREMBAN: Air kencing dipenuhi darah berwarna hitam pekat, tidak
boleh berjalan dan hanya boleh bersolat atas kerusi berikutan kaki
berasa kebas.
Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah
sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang
memaksa mangsa melakukan ketuk ketampi melebihi 200 kali hanya gara-gara
tidak mengambil air minuman.
Mangsa, Muhammad Fahmi Mazzalan, 14, yang kini dirawat di Hospital
Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkemungkinan menghadapi masalah buah
pinggang dan hati akibat ‘senaman’ melampau dalam kejadian 26 September
lalu.
“Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat,” kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam.
“Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat,” kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam.
metro/-
1 ulasan:
Saya dulu masa kat asrama, kalau ada senior yang cyba buli saya atau "ragging" berlebihan, saya tumbuk muka budak tu, tak pun saya terajang celah kelangkang dia. Teknik tersebut ternyata amat effektif kerana selepas dua tiga senior kena macam tu, saya menyedari setiap kali saya melintasi kumpulan-kumpulan pelajar, mereka akan memberi laluan kepada saya dengan penuh hormat. Cuma satu perkara saja yang kurang baik sikit...iaitu menurut catatan di dalam diari saya, sepanjang tahun saya berada di form 4, saya telah dianugerahkan 47 rotan oleh guru besar, guru dispilin dan juga warden asrama....heh he. Tapi jahat-jahat saya pun dapat masuk UM juga woiii!. Waktu tu kalau tak lulus HSC dengan baik jangan harap la.....
bangchaq
Catat Ulasan