02 Oktober 2012

Tidak rahsia lagi


MENGAKU...Leuniey dan Apek dalam fasa mengenali satu sama lain.
 

16 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

MENGAKU...Leuniey dan Apek dalam fasa mengenali satu sama lain. 
 
KOTA BHARU: “Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan kami (supaya hubungan berkekalan sehingga jenjang pelamin),” kata penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, yang kini bahagia menjalin hubungan cinta dengan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21.

Metro Ahad kelmarin melaporkan pengakuan Leuniey hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, kini lebih daripada sekadar kawan biasa.

Menurut Leuniey, dia dan Apek kini dalam fasa mengenali antara satu sama lain.
Apek berkata, masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey merancang untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua.

“Kami tidak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami,” katanya ceria ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dengan penjelasan diberikan, diharap tidak timbul lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey yang sedikit sebanyak mengganggu fokusnya dalam bidang sukan.

Katanya, dia mengakui mula mengenali Leuniey yang juga pemilik butik pengantin dengan lebih rapat selepas mereka terpilih menjadi model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang kerana Apek membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol bola sepak negara itu.

sinar harian/-

Tiada ulasan: