02 Oktober 2012

Kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang

16 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 
SIBU: Satu kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang 10 pintu, Rh.Nyantau anak Sandah, di Tamin, Km53 Jalan Sibu-Selangau, dekat sini, hari ini.

Ketua Stesen Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Masidi Taha berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.27 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat ke tempat kebakaran dan berjaya mengawal api dalam masa satu jam selepas tiba di situ.

"Punca kebakaran sedang disiasat sementara 10 keluarga mengalami kerugian. Ada antara mereka menumpang di rumah saudara mara berhampiran tempat kejadian," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tamin, Joseph Mauh Ikeh berkata beliau sudah diberitahu mengenai kebakaran tersebut dan akan melawat mangsa tengah, hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: