16 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin calon
daripada Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di kerusi Dewan
Undangan Negeri (Dun) Pangkor mampu mengalahkan penyandangnya yang juga
menteri besar,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar)
berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR berlatarbelakangkan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi
daripada separuh pengundi Dun itu.
Ini, katanya kerana hampir 70 peratus pengundinya adalah anggota TLDM di pangkalan TLDM, Lumut.
Katanya dalam satu kenyataan, dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Kami berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas pegawai tinggi
TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua kompenan PR Perak telah
bersetuju kelak,” ujarnya.
Katanya, kekerapan Zambry memasuki pangkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau.
Malah, ujarnya Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat
dilihat di pangkalan-pangkalan tentera lain oleh orang politik.
“Tetapi di pangkalan TLDM pelbagai program ‘politik’ telah dilakukan
oleh Datuk Seri Zambry. Jelas Zambry cuba mempolitikkan pasukan
keselamatan demi survival politiknya,” ujarnya lagi.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan