10 Mei 2013

Pencerahan Minda

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ada yang kata ,kenapa guru makan gaji dengan kerajaan tapi menentang kerajaan ? Jawapan : Gaji guru dibayar dari wang rakyat , bukan dari duit Parti UMNO Barisan Nasional.Memang wajar yang bekerja terima upah dan gaji.Klien @pelanggan bagi seorang guru adalah MURID @ RAKYAT bukan Parti UMNO Barisan Nasional


Jadi guru bekerja dengan RAKYAT, bukan guru bekerja dengan UMNO Barisan Nasional. Bukan bermakna, makan gaji dengan kerajaan tu, WAJIB sokong kerajaan yang diberi mandat 5 tahun sekali ,walaupan zalim ,rasuah ,fitnah , budaya samseng dan lain- lain. Kerajaan adalah rakyat .Tapi ramai yang tak faham ...Kalau pemimpin yang dipilih 5 tahun sekali buat salah, Allah swt , tak ajar kita untuk duduk dan diam membisu serta redha dengan kezaliman.Jadi kena tahu bezakan antara RAKYAT dengan KERAJAAN. 


Yang kedua; Contohnya,ketika Nabi Musa a.s dipelihara oleh Firaun setelah dihanyutkan di Sungai Nil. Baginda Nabi Musa a.s dipelihara bertahun lamanya dan membesar di istana Firaun.Tetapi apabila Firaun lupa diri hingga mengaku dirinya Tuhan dan minta rakyat patuh dan menyembahnya , maka Nabi Musa a.s menentang bapa angkatnya sendiri . Tak kiralah jasa dan bakti banyak segunung lautan untuk diungkit atau dipersoalkan oleh Firaun kepada Nabi Musa a.s .ketika itu. Iktibar dari cerita ini adalah ; Ummat Islam tidak diajar oleh agama Islam untuk taat ,patut dan tunduk membuta tuli hingga membiarkan pemimpin menzalimi rakyatnya. "TIADA KETAATAN kepada MAKHLUK selama- lamanya ,HANYA KETAATAN KEPADA ALLAH SWT yang kekal dan abadi selamanya..

Yang Ketiga; Mengikut saluran Demokrasi di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, semua rakyat berhak memilih kepimpinan, mengangkat dan menurunkan pemimpin negara ,5 tahun sekali melalui 'kuasa undi' yang ada pada mereka termasuk guru dan penjawat awam.
.Hak ini dijamin oleh SUHAKAM ( Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).Jadi tak timbul ,soal menentang kerajaan .


Yang keempat : Guru dan penjawat awam hanya perlu 'taa't kepada Yang Dipertuan Agong, bukan WAJIB taat kepada UMNO Barisan Nasional,sebuah parti yang perlu mendapat mandat melalui pilihanraya 5 tahun sekali .Jadi selamat menyokong parti yang anda pilih dan tidak salah menyokong Parti PAS ,PKR dan DAP kerana semua parti ini adalah parti yang 'SAH' serta ''DILULUSKAN' oleh Pendaftar Pertubuhan ,bukan parti 'komunis' atau 'haram'. Oleh itu, berfikirlah secara rasional.Jadilah rakyat Malaysia yang 'berminda dan berjiwa merdeka'.Moga ada pencerahan minda kepada yang masih belum mengerti.. Moga diberi hidayah oleh Allah swt..Syukran..


selatan online/-


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita akan bertugas dengan kerajaan yang dipilih melalui pru jadi masa pru kita berhak pilih parti bn atau pr itu saja tak timbui soal lawan kerajaan hanya yang bengong aja duk fikir macam tu tak faham faham hak memilih.masa bertugas kita akan lakasanakan tugas dengan adil tidak melakukuan kedzaliman .

Tanpa Nama berkata...

guru walaupun jarang yg memberontak dan selalunya golongan penjawat awam yg dianggap tiada kepentingan oleh org umnoo tapi rata2 berfikir menggunakan kepala otak bukan dgn kepala lutut..