26 Oktober 2021

94.7 peratus individu dewasa lengkap vaksinasi

 

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 94.7 peratus atau 22,166,633 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 97.5 peratus atau lebih 22,822,013 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 184,162 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 20,645 diikuti, Selangor (19,822), Perak (17,110) Pulau Pinang (13,834), Kelantan (12,380) dan Kedah (9,573).

Peringatan buat orang ramai yang ingin pulang ke kampung sila lakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan anda bebas daripada Covid-19 supaya penularan wabak ini tidak berlaku lagi. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: