06 November 2021

58 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat

 

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan senarai lagi 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

PETALING JAYA: 58 kit ujian kendiri Covid-19 mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), menurut senarai dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kit ujian itu boleh didapati di farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan serta premis berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

“Orang awam dinasihatkan agar membeli kit ujian tersebut di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya di Facebook.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian tersebut di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA.

Tiada ulasan: