06 November 2021

Jepun buka semula sempadan mulai Isnin

 TOKYO. FOTO AFP

TOKYO. FOTO AFP

Tokyo: Kerajaan Jepun mengumumkan negara itu akan membuka semula sempadannya khusus untuk ahli perniagaan dan pelajar bermula Isnin.

Bagaimanapun, sekatan ke atas pelancong dari luar negara kekal buat masa ini.

Portal Nikkei Asia melaporkan, negara itu akan menarik balik larangan kemasukan untuk ahli perniagaan, pelajar dan pelatih teknikal.

Bagi ahli perniagaan yang diberi vaksin sepenuhnya, tempoh kuarantin diri mandatori akan dikurangkan kepada sekurang-kurangnya tiga hari.

Seramai 370,000 orang sedang menunggu untuk memasuki negara ini.

Mereka ini sudah memperoleh visa kemasukan, tetapi dihalang daripada memasuki negara ini.

Daripada jumlah itu, 150,000 adalah pelajar dan 110,000 adalah pelatih teknikal.

Sebaik sahaja sekatan ditarik balik, keutamaan diberikan kepada golongan ini untuk memasuki Jepun secara berperingkat.

Kerajaan menjangkakan bilangan ahli perniagaan yang melancong ke Jepun akan meningkat hasil daripada langkah baharu itu.

Langkah kelonggaran bersyarat itu apabila organisasi penerima mengambil langkah untuk memastikan pelawat mematuhi protokol untuk pencegahan jangkitan.

Organisasi itu termasuk perniagaan dan universiti.

Mereka dikehendaki mengemukakan pelan pelaksanaan kepada pengawal selia yang berkaitan seperti industri, pendidikan atau kementerian ladang.

Pada masa ini, mereka yang divaksin dikehendaki tinggal di rumah selama 10 hari selepas memasuki Jepun.

Memendekkan tempoh kepada tiga hari dijangka meningkatkan aktiviti perniagaan.

Pada Januari, kerajaan mengetatkan sekatan kemasukan ke Jepun sebagai tindak balas kepada kemunculan varian Covid-19.

Ketua Ekonomi di Dai-ichi Life Research Institute Toshihiro Nagahama menganggarkan kelonggaran itu akan meningkatkan keluaran dalam negara kasar sebanyak 830 bilion yen (RM30.4 bilion) setahun, didorong oleh lebih ramai orang yang memasuki Jepun dan berbelanja.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Seiji Kihara berkata, jika keadaan bertambah buruk seperti penyebaran varian baharu, pihaknya akan mengambil tindakan segera.

Beliau menambah, kerajaan akan terus memberikan "pertimbangan positif" kepada kemungkinan kelonggaran seterusnya.

AGENSI.

Tiada ulasan: