22 November 2021

Lebih 2.5 juta populasi remaja di Malaysia lengkap divaksin

  Foto NSTP/Faiz Anuar  (hiasan)

Foto NSTP/Faiz Anuar (hiasan)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 95.6 peratus atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi, manakala 97.8 peratus atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646. – BERNAMA

Tiada ulasan: