02 Disember 2021

14 orang dijangkiti COVID-19 varian Omicron di Belanda

Kakitangan kesihatan pasukan pertahanan Belanda menjalani latihan ujian COVID-19 di Hilversum susulan peningkatan kes coronavirus, terutama varian baharu Omicron. - Foto EPA
Kakitangan kesihatan pasukan pertahanan Belanda menjalani latihan ujian COVID-19 di Hilversum susulan peningkatan kes coronavirus, terutama varian baharu Omicron. - Foto EPA

THE HAGUE: Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika Selatan dibenarkan.

Bagaimanapun, mereka yang disahkan dijangkiti varian Omicron dikehendaki kekal di fasiliti berkenaan.

Penumpang yang tiba menerusi dua penerbangan KLM dari Afrika Selatan pada Jumaat lalu itu pada awalnya dikesan positif COVID-19 dan negatif selepas saringan kedua pada Isnin seterusnya.

"Mereka bebas untuk meneruskan pengembaraan mereka," kata jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Awam, Willem van den Oetelaar, kepada AFP. 

Pada mulanya, seramai 61 orang diuji positif COVID-19 selepas dua penerbangan tiba dari Johannesburg dan Cape Town Jumaat lalu, termasuk 14 orang yang dijangkiti varian Omicron.

Van Oetelaar berkata seramai 44 penumpang kekal dikuarantin di sebuah hotel yang terletak beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada Rabu lalu tetapi lebih separuh dibenarkan keluar.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sebenar tetapi memaklumkan baki penumpang yang tinggal termasuk mereka dijangkiti varian Omicron, kekal diasingkan di hotel berkenaan.

Kebanyakan penumpang yang tinggal di Belanda juga dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Ahad lalu, polis menahan pasangan suami isteri yang cuba melarikan diri dari pusat kuarantin di Hotel Ramada untuk menaiki penerbangan menuju ke Sepanyol.

Selepas kejadian yang pertama kali berlaku di hotel itu, mereka kemudian diletakkan di bawah kuarantin penuh di sebuah fasiliti terletak di utara wilayah Groningen.

Pasangan dari Sepanyol dan Portugal itu dibebaskan pada Selasa lalu selepas salah seorang daripada mereka diuji negatif menerusi saringan kali kedua, selepas tiba dari Afrika Selatan.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda pada Selasa lalu memberitahu, varian Omicron dikesan di negara itu sebelum ketibaan penerbangan dari Afrika Selatan, berdasarkan dua sampel yang diambil 19 dan 23 November lalu. - AFP

Tiada ulasan: