02 Disember 2021

Varian Omicron: KKM senarai 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan

 

Sebanyak 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 26 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

Negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden dan Nigeria.

Selain itu, Belgium, Jepun, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis, Austria, Sepanyol, Arab Saudi, Ghana, Republik Ireland, UAE dan Amerika Syarikat (California) turut tersenarai.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menyertai gelembung pelancongan Langkawi (GPL).

Beliau berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.

Ia melibatkan negara dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh) dan Afrika (Angola, Botswana, Eswatini).

Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan.

FMT.

Tiada ulasan: