02 Disember 2021

Salah bantu Liverpool belasah Everton

 Mohamed Salah meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Everton di Liverpool, Britain. - EPA

Mohamed Salah meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Everton di Liverpool, Britain. - EPA

LIVERPOOL: Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin tertekan selepas kalah 4-1 dalam pertembungan tetangga Merseyside.

Skuad Reds hanya menang sekali dalam sembilan kunjungan ke Goodison, namun menguasai sepenuhnya sejak wisel permulaan berdepan skuad Benitez yang kini hanya memungut dua mata daripada keseluruhan 24 membabitkan aksi liga perdana.

Sepakan menakjubkan Jordan Henderson dan Salah pada 20 minit pertama menyebabkan Everton berdepan kesukaran.

Gol Demarai Gray memberikan sedikit harapan buat skuad Toffees sebelum tamat babak pertama.


Mohamed Salah (kiri) melihat pengawal stadium mengeluarkan bom asap yang dilempar oleh penyokong Everton. -  Foto EPA
Mohamed Salah (kiri) melihat pengawal stadium mengeluarkan bom asap yang dilempar oleh penyokong Everton. - Foto EPA

Namun satu lagi penyudah baik Salah selepas sejam memberikan pemain Mesir itu 19 gol dalam 19 perlawanan sebelum Diogo Jota meledak gol keempat 12 minit sebelum tamat.

Benitez bukanlah pemilihan popular dalam kalangan penyokong Everton sebelum dia mengambil alih berdasarkan sejarahnya menang Liga Juara-Juara buat Liverpool ketika enam tahun berada di Anfield. - AFP

Jurgen Klopp memeluk Salah selepas perlawanan tamat. -  Foto EPA
Jurgen Klopp memeluk Salah selepas perlawanan tamat. - Foto EPA

Reaksi penyerang Liverpool, Diogo Jota selepas meledak gol keempat. -  Foto AFP
Reaksi penyerang Liverpool, Diogo Jota selepas meledak gol keempat. - Foto AFP

Tiada ulasan: