13 Disember 2021

Boleh bayar saman trafik di ATM Maybank, pejabat pos

 ORANG ramai mengikut SOP memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika menunggu giliran membayar saman trafik di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, semalam. FOTO Owee Ah Chun

ORANG ramai mengikut SOP memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika menunggu giliran membayar saman trafik di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, semalam. FOTO Owee Ah Chun

Kuala Lumpur: Orang ramai boleh membuat bayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.

Selain kaunter bayaran trafik dan aplikasi Mybayar Saman, bayaran saman juga boleh dibuat di pejabat Pos Malaysia seluruh negara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, warga kota boleh membuat bayaran saman melalui dua alternatif itu selain di kaunter bayaran trafik.

"Bayaran boleh dibuat di ATM Maybank sahaja dan tidak boleh dibuat menerusi dalam talian bank berkenaan.

"Kita juga mendapati hari ini sudah tidak ramai orang beratur di balai-balai trafik di seluruh Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat.

Menurutnya, tempoh lanjutan itu juga bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.

HMETRO.

Tiada ulasan: